20 July 2012

RAMADHAN AL MUBARAK


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Yea, Ramadhan kembali lagi, bulan yang penuh keberkatan..Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan dan ibadat kita pada bulan yang mulia ini demi mencari keredhaan Allah S.W.T.

Antara keistimewaan bulan ramadhan ialah:

~ Bulan yang penuh Barakah
~ pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
~ syaitan-syaitan dibelenggu
~ terdapat suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar
~ setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
~ sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka



AKHIRNYA...

Akhirnya aku berjaya jugak menghabiskan novel 'takdir itu milik aku' setelah berhempas pulas menghabiskannya selama sebulan. Uhhh, satu tempoh yang agak lama jika nak dibandingkan dengan sebelum ni. Sebelum kehadiran si cilik Muhammad ni, aku mampu menghabiskan novel dalam masa sehari semalam je.. Tapi sekarang mmg xmampu dah.


Mananya tak mampu, baru baca 2muka surat, anak keayangan aku tu da nangis-nangis dalam buaian dia.. Maka, harus la aku berhenti sekejap untuk melihat apa terjadi.. Setelah keadaan reda, sambung kembali membaca. tp time tu la plak teringat baju2 si kecik tu belum dimasukkan lagi dalam beg.. Berhenti la lagi.. Sambung lg membaca, mata plak asik nak terkejam. Huhuhh. Banyak betul dugaan..

At last 2 hari lepas aku berjaya gak menghabiskan setelah mengamalkan konsep berdikit-dikit lama- lama jadi bukit. Heheheh.. Boleh la bagi 8/10 bintang.. Ceritanye best penuh dgn airmata.. Tp mungkin sebab aku baca pun not fully concentrate, jadiknye feeling pun lari la. Tp kn just to share, ada lagi ke watak macam 'Dian' tu kat dalam dunia ni yang ala-ala lurus bendul gitu.. hahahah


06 July 2012

CLOTH DIAPER LUNATOTS

Malam ni sementara tunggu encik suami smpai dr shah alam, aku sempat search Cloth Diaper Lunatots. Letih aku minggu ni sebab setiap malam terpaksa menyental CD n insert encik muhammad. Maklumlah ada less than 10, so kena rajin-rajinkan diri menyental yek. kipas angin pun menjalankan tugasnya mengeringkan CD dan insert nye supaya aku dpt bawak ke rumah 'mak asuh' setiap pagi.

Oleh sebab itu harus untuk kami menambahkan stok CD. Sebelum ni aku dengan encik suami dah beli CD yang jenis insert nye. tapi jenis tu agak penat and rugi sebab once da pkai memang da tak boleh reuseable lagi sebab segala kotoran dah terlekat pada cover tu. Ini CD yang encik muhammad sedang guna.





Lunatots Button Cloth Diapers are:
  • Proudly Malaysian product. Designed by us for specially for you! 
  • One size CD that has adjustable button that can be used by Newborn until 3 YO baby 
  • Waterproof Outer layer is made from PUL (Polyurethane Laminate) 
  • Inner layer of custom micro fleece that keeps baby dry 
  • Come with one super absorbent 3 layer microfiber inserts (also called soaker) 
Source from : http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=770

3 bulan lepas masa pergi Maternity & Children Expo kat Mid Valley aku ada ternampak CD yang jenis lekat nye. lps carik2 kt website aku jmpa ni...





Lunatots A12 Cloth Diapers are:
  • One size diaper that can be used from newborn until 3 to 4 years old. 
  • Unique design of 4 * 3 snaps to adjust the size (S, M, L and XL) 
  • Waterproof Outer layer (diaper shell) is made from improved PUL that is more durable compared to the normal PUL 
  • Inner layer of custom mesh polyester that always dry. 
  • Come together with ONE AI2 insert consist of 1 layer of stay dry fabric + 2 layer of super absorbing fabric + 1 layer of water containing fabric + 1 water proof layer.
Source from: http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=1210

maksudnye hanya insert saja yang perlu ditukar sekiranya encik muhammad popo. Cover nye tu masih boleh reusable lagi. Wow, ini memudahkan kerja aku yang agak malas untuk membasuh ni. hihik.. Tp harga dia amatlah memberansangkan (RM64.90/pcs). Kat bawah ini antara pilihan color yang boleh dipilih mengikut kehendak hati umi encik muhammad. Color nye semua menyeksikan enck muhammad kita. ahakkkssss...:)






NEW ROUTINE

Setelah seminggu menyepikan diri, aku kembali semula. oh, sungguh letih and penat sepanjang minggu ni. Ditambah plak sakit kepala yg berdenyut-denyut. huhuh. memang tak ada ruang langsung untuk aku berceritera di sini. Aku mula mnghantar anak ke rumah pengasuh sejak isnin lalu. Inilah antara rutin yang aku kena buat setiap malam dan pagi.sebelum menghantar encik muhammad ke rumah 'mak asuh' dia.

  • mencuci cloth diapers encik muhammad. (memandangkan encik zul ajie belum membeli stok yg byk lagi)
  • memasukkan baju-baju + cloth diapers encik muhammad ke dalam beg
  • memasukkan nappy liner ke dalam cloth diapers tersebut (ini untuk mengelakkan kotoran sekiranya encik muhammad popo)
  • menghantar encik muhammad ke rumah 'mak asuh'

30 June 2012

Takdir itu Milik Aku

ha, tu la tajuk novel terbaru karya Siti Rozmizah. Kalau sebut je Siti Rosmizah kompem novel dia best gler.. Aku pun beli gak tapi sampai saat ni plastik novel tu pun xsempat nak koyak lagi. Ini gara-gara encik Muhammad Zulhusni xmo tdoq lama macam sebelum ni. Kalau nak kutip-kutip ada la kot siang hari encik Muhammad tidoq 3-4 jam je. Aduh, penat den macam ni. huhuh. Basib bek la ada Cik Sarah utk menolong. Terima kasih Bondaku..:)

Kat bawah ni, aku tempek sket pic novel tu bersama dengan sipnosis cerita ye.



Sipnosis:

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....


29 June 2012

Doa Pengikat Kasih Sayang

Salam. Hari ini aku nak kongsi satu doa dgn kamu semua iaitu doa pengasih. Orang yang mengamalkannya akan dikasihi oleh pasangannya, anak-anaknya, keluarganya serta orang sekeliling.

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. InsyaAllah.




Maksudnya:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)


28 June 2012

Perkembangan Bayi pada usia 5 Bulan



Ni antara info mengenai perkembangan bayi yang berusia  bulan yang aku cedok kt website  http://www.babycenter.com.my/malay/baby/5bulan/
  1. Duduk dengan sendiri
  2. Mengulangi bunyi yang disukainya
  3. Cukup kuat untuk makan sendiri
  4. Belajar mengenai sebab dan akibat
  5. Mampu melihat objek kecil dan perbezaaan warna lembut
  6. Mempertajamkan deria terhadap bunyi
  7. Mudah mengalihkan perhatian
  8. Perkembangan pelbagai emosi

nin diaaa pic anak aku yang berusia 5 bulan