30 June 2012

Takdir itu Milik Aku

ha, tu la tajuk novel terbaru karya Siti Rozmizah. Kalau sebut je Siti Rosmizah kompem novel dia best gler.. Aku pun beli gak tapi sampai saat ni plastik novel tu pun xsempat nak koyak lagi. Ini gara-gara encik Muhammad Zulhusni xmo tdoq lama macam sebelum ni. Kalau nak kutip-kutip ada la kot siang hari encik Muhammad tidoq 3-4 jam je. Aduh, penat den macam ni. huhuh. Basib bek la ada Cik Sarah utk menolong. Terima kasih Bondaku..:)

Kat bawah ni, aku tempek sket pic novel tu bersama dengan sipnosis cerita ye.



Sipnosis:

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....


29 June 2012

Doa Pengikat Kasih Sayang

Salam. Hari ini aku nak kongsi satu doa dgn kamu semua iaitu doa pengasih. Orang yang mengamalkannya akan dikasihi oleh pasangannya, anak-anaknya, keluarganya serta orang sekeliling.

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. InsyaAllah.




Maksudnya:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)


28 June 2012

Perkembangan Bayi pada usia 5 Bulan



Ni antara info mengenai perkembangan bayi yang berusia  bulan yang aku cedok kt website  http://www.babycenter.com.my/malay/baby/5bulan/
  1. Duduk dengan sendiri
  2. Mengulangi bunyi yang disukainya
  3. Cukup kuat untuk makan sendiri
  4. Belajar mengenai sebab dan akibat
  5. Mampu melihat objek kecil dan perbezaaan warna lembut
  6. Mempertajamkan deria terhadap bunyi
  7. Mudah mengalihkan perhatian
  8. Perkembangan pelbagai emosi

nin diaaa pic anak aku yang berusia 5 bulan